Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata persepsi kekuatan PAS hanya terhad di negeri kubu kuatnya di utara dan pantai timur sudah ketinggalan zaman. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpendapat PAS dalam kedudukan lebih kukuh daripada Umno di Melaka dan menjangkakan parti Islam itu akan memainkan peranan lebih besar daripada sekadar menjadi rakan kongsi 'muda' jika kedua-dua parti membentuk pakatan.

Wong Chin Huat.Wong Chin Huat daripada Sunway University berkata, persepsi kekuatan PAS hanya terhad di negeri kubu kuatnya di utara dan pantai timur sudah ketinggalan zaman.

Beliau merujuk keputusan PRU15 pada 2022, di mana Perikatan Nasional (PN) — yang kini diterajui PAS —memenangi jauh lebih banyak kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) di Perak dan Selangor, bahkan di Melaka.