RANTAU PANJANG: Dua lelaki ditahan secara berasingan malam semalam dan awal pagi tadi menerusi Op Taring Wawasan bagi membantu siasatan berhubung rampasan dadah di sebuah premis kurier, di sini, Sabtu lalu.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata tangkapan pertamam membabitkan suspek berusia 27 tahun di tepi jalan Taman Bakti jam 7.30 malam ini.

Katanya, suspek memaklumkan seorang wanita warga Thailand meminta bantuannya menghantar bungkusan diambil di pangkalan haram Gergaji dan menerima upah RM200 bagi urusan berkenaan.

Beliau berkata, tangkapan ini kemudian membawa kepada penahanan suspek kedua berusia 30 tahun di tempat letak kereta Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada jam 2 pagi tadi.