PETALING JAYA: Polis percaya seorang lelaki warga Malaysia berusia 24 tahun yang ditahan pihak berkuasa Singapura kerana membawa lebih dua kilogram (kg) dadah termasuk heroin dan methamphetamine dalam motosikalnya di Pusat Pemeriksaan Tuas, Rabu lalu, diupah sebagai keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tiada pekerjaan tetap.

Beliau berkata, lelaki berkenaan dipercayai dibayar untuk membawa dadah berkenaan.

“Lelaki itu juga didapati positif ujian air kencing bagi amphetamine dan kanabis,” katanya ketika dihubungi hari ini.