KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori warga Malaysia ditahan selepas pihak berkuasa Singapura menemui lebih 800 karton rokok belum dibayar duti, disembunyikan di bawah bakul sayur-sayuran dibawanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA), menerusi hantaran di Facebook, memaklumkan cubaan penyeludupan itu dipatahkan 8 Oktober lalu.
"Pegawai mengesan ketidakaturan pada imej imbasan lori berdaftar di Malaysia itu.
"Lori berkenaan yang membawa muatan diisytiharkan sebagai pelbagai jenis sayur-sayuran, diarahkan menjalani pemeriksaan lebih teliti selepas penganalisis imej ICA mengesan kejanggalan pada imej imbasan," menurut kenyataan itu.








