BERLIN: Penyokong kelab divisyen tiga, Rot-Weiss Essen menyimen laluan masuk tempat pelawat, beberapa jam sebelum perlawanan Piala Jerman di tempat sendiri menentang RB Leipzig pada Selasa.
Anak syarikat AFP, SID melaporkan pada Selasa bahawa 'pelaku yang tidak dikenali menyimen laluan masuk ke bahagian pelawat di stadium' pada lewat malam Isnin.
Di atas simen baharu itu tertera mesej yang berbunyi 'lembu jantan mesti kekal di luar' sebagai percubaan jelas untuk menghalang penyokong pelawat daripada menghadiri perlawanan tersebut.
Pegawai bandar raya dilihat cuba membuang simen terbabit pada petang Selasa, beberapa jam sebelum masa sepak mula pada pukul 6 petang.






