London: Pengendali Liverpool, Andoni Iraola berkata penyerang, Alexander Isak kini 'merasakan kepercayaan semua pihak' selepas kembali menemui sentuhan jaringan bersama kelab itu musim ini.
Pemain antarabangsa Sweden itu sudah meledak enam gol dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), termasuk tiga gol dalam tiga aksi terakhirnya.
Selepas musim sulung yang bergelut dengan kecederaan dan penuh kontroversi susulan perpindahan panas dari Newcastle, pemain berusia 27 tahun itu akhirnya mula membuktikan nilai £125 juta (RM681 juta) yang dibayar Liverpool untuk mendapatkannya.
"Saya fikir Alex mempunyai satu perkara, iaitu dia merasakan kepercayaan semua orang.






