Kuala Lumpur: Pembukaan tawaran kemasukan melalui saluran terbuka di universiti awam sama sekali tidak menjejaskan atau mengecilkan kuota yang diperuntukkan melalui Unit Pusat Universiti (UPU), kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, penawaran saluran terbuka hanya membabitkan peratusan kecil dan terhad kepada kursus tertentu sekiranya masih mempunyai kekosongan tempat, bukannya bertujuan semata-mata untuk menjana pendapatan institusi.

"Saya ingin memaklumkan kepada Dewan ini bahawa isu tersebut tidak timbul sama sekali kerana jumlah kuota yang telah ditetapkan kita kekalkan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) peringkat dasar bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Rakyat, hari ini.