KUALA LUMPUR: Dataprep Holdings Bhd hari ini mengumumkan peletakan jawatan Pengerusi Eksekutif, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penyelesaian pembayaran itu memaklumkan, peletakan jawatan berkenaan berkuat kuasa serta-merta atas alasan peribadi.

Wan Ahmad Rudirman telah dilantik daripada jawatan Pengarah Urusan kepada Pengerusi Eksekutif syarikat itu pada 4 Ogos 2026.

Beliau mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam bidang khidmat nasihat korporat, pelaburan strategik dan penyeliaan kawal selia merentasi sektor awam dan swasta.