HULU SELANGOR: Sebuah treler yang mengalami kerosakan sistem brek dirempuh sebuah lori kontena dalam nahas di Kilometer 428.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, treler tanpa muatan dipandu lelaki berusia 40-an dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Sungai Buaya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran, berkata setibanya di lokasi treler berkenaan berada di lorong tengah sebelum berhenti secara tiba-tiba selepas mengalami kerosakan pada sistem brek angin menyebabkan tayar belakang tidak berfungsi.
#kltu PLUS: Sesak 10KM dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung disebabkan kerja pengalihan kenderaan kemalangan di KM428.3 yang menghalang lorong kiri, tengah dan kecemasan.






