KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan semula kes kematian Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sebagai kes menyebabkan cedera parah dengan sengaja bagi memeras pengakuan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata pengklasifikasian semula itu dibuat selepas pakar forensik mengesahkan kecederaan yang ditemukan pada tubuh Noorizwan konsisten dengan trauma akibat hentakan objek tumpul dan bukan kecederaan yang dilakukan sendiri.
Beliau berkata, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Bukit Aman mengambil alih siasatan berhubung kematian dalam tahanan yang berlaku pada 1 Oktober lalu.









