Kuala Lumpur: Polis mengklasifikasikan semula kes kematian Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kepada sengaja menyebabkan cedera parah bagi memeras pengakuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, ia selepas pakar forensik mengesahkan kecederaan pada tubuh Noorizwan konsisten dengan trauma akibat hentakan objek tumpul dan bukan kecederaan yang dilakukan sendiri.

Beliau berkata, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan (D5) Bukit Aman kini mengambil alih siasatan kes itu.

"Keputusan mengklasifikasikan semula kes itu dibuat susulan kenyataan yang dirakam daripada pakar perunding perubatan forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang menjalankan bedah siasat terhadap mangsa.