JAKARTA: Kerajaan Indonesia menggesa jemaah umrah di negara itu supaya tidak menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan yang memerlukan mereka melakukan transit di Malaysia dan Singapura.

​Timbalan Menteri Haji Indonesia, Dahnil Anzar Simanjuntak berkata, jemaah disaran memilih penerbangan terus menggunakan syarikat penerbangan nasional bagi mengukuhkan ekonomi tempatan selain memastikan keselamatan perjalanan.

​"Presiden Prabowo Subianto mahukan kedaulatan ekonomi. Perkara ini turut terpakai untuk pelaksanaan ibadah umrah dan haji.

​"Penerbangan terus adalah lebih selamat dari sudut penerbangan selain dapat mengukuhkan kedaulatan ekonomi negara," katanya dipetik daripada laporan media tempatan, Sindo News, semalam.