MISI menundukkan India menjadi antara cabaran utama buat skuad hoki lelaki negara apabila turun memburu keputusan lebih baik pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di Punjab, India bermula 27 Oktober ini.

Cabaran itu hadir selepas skuad negara tewas 1-5 kepada India pada final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, awal bulan ini, sekali gus terlepas peluang meraih emas dan tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Pengurus pasukan, Datuk Najmi Razak mahu pencapaian muncul naib juara Sukan Asia dijadikan pembakar semangat untuk anak buahnya terus mengekalkan prestasi, selain menyahut cabaran untuk mencipta kejutan ke atas tuan rumah.

“Pencapaian sebagai naib juara Sukan Asia perlu menjadi pembakar semangat untuk kita meneruskan momentum kemenangan. Saya mahu pemain beraksi secara konsisten, mengekalkan prestasi terbaik dan turun dengan penuh keyakinan untuk menyahut cabaran menewaskan India di laman sendiri.