KAJANG – Seorang koperal polis sebak selepas Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi tuntutan elaun perjalanan berjumlah RM3,000 enam tahun lalu.
Majistret Saira Banu Mohamed Ashrof Raja membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap Muhamad Afiq Khalid, 34, diakhir pendakwaan kes tersebut.
Dalam penghakimannya, Majistret Saira berkata tiada bukti fizikal penyerahan atau kemasukan data, iaitu tiada saksi pendakwaan yang dapat mengesahkan tertuduh sendiri menyerahkan dokumen itu kepada ketua cawangan atau pegawai kew









