PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Perak, kawasan yang terlibat ialah Kinta, Kampar, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Batang Padang.
“Di Kelantan, amaran melibatkan Jeli, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Gua Musang dan Bachok.
“Turut terjejas ialah Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus,” katanya.









