PETALING JAYA– Kerajaan bertekad mengambil tindakan tegas terhadap dalang sindiket penyeludupan warga asing, termasuk pihak yang melindungi atau bersubahat dengan kegiatan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas turut akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membiarkan kedaulatan negara dicabuli.

Beliau menegaskan, keselamatan anggota penguat kuasa dan kedaulatan tanah air tidak boleh dipertaruhkan, manakala pengorbanan anggota keselamatan yang terkorban ketika bertugas tidak boleh dibiarkan sia-sia.

“Petualang yang mengizinkan kedaulatan negara kita dicabul juga mesti diheret ke muka pengadilan. Nyawa anggota ke