KOTA KINABALU - Pasukan peguam yang mewakili pihak berkepentingan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir perlu meneliti lebih 5,000 muka surat nota prosiding membabitkan keterangan 83 saksi dan kira-kira 350 eksibit sebelum mengemukakan penghujahan bertulis selewat-lewatnya pada 15 Disember ini.Peguam, Shahlan Jufri berkata, penelitian itu perlu dilakukan selepas prosiding inkues berakhir pada Rabu lalu, selepas berlangsung selama 96 hari di Mahkamah Koroner.Menurutnya, mahkamah pada Jumaat menetapkan arahan berkaitan penghujahan bertulis yang perlu dikemukakan semua pihak sebelum keputusan inkues disampaikan pada 15 Januari 2027."Hari ini mahkamah menetapkan sebutan selepas prosiding inkues selesai pada Rabu lalu dengan 83 saksi serta sebanyak 350 eksibit termasuk dokumen yang telah dikemukakan di mahkamah."Sebentar tadi, Hakim Koroner telah memberikan arahan berhubung penghujahan bertulis yang perlu dikemukakan oleh semua pihak," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini pada Jumaat.Shahlan berkata, Koroner Amir Shah turut meminta semua pihak membantu mahkamah meneliti sebarang percanggahan keterangan antara saksi, bukti yang dikemukakan serta gambaran keseluruhan lawatan ke sekolah berkenaan.Menurutnya, penghujahan bertulis itu juga perlu merangkumi pandangan mengenai langkah penambahbaikan dalam pengendalian inkues, termasuk aspek berkaitan sekolah dan siasatan."Hakim Koroner juga memerlukan pandangan semua pihak termasuk Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan peguam yang terlibat mengenai cadangan penambahbaikan prosiding inkues, berkaitan sekolah, siasatan dan semua itu perlu dimasukkan dalam penghujahan bertulis," katanya.Mengulas lanjut, Shahlan berkata, pasukannya mempunyai tempoh kira-kira dua bulan untuk meneliti semula keseluruhan keterangan termasuk percanggahan yang timbul dalam kalangan saksi kanak-kanak serta pandangan beberapa pakar yang memberikan keterangan sepanjang prosiding."Kita perlu menilai semula, melihat kembali nota prosiding yang mempunyai lebih 5,000 muka surat kerana terdapat beberapa percanggahan."Kita juga perlu melihat pendapat pakar termasuk pakar psikiatri dan pakar tulisan tangan serta memasukkan semua perkara itu dalam penghujahan bertulis nanti," katanya.Sementara itu, beliau menyifatkan perjalanan inkues selama 96 hari sebagai lancar meskipun bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila prosiding berkenaan berlangsung serentak dengan perbicaraan membabitkan lima tertuduh di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak."Syukur alhamdulillah, prosiding berjalan dengan lancar. Saya percaya 96 hari bukanlah sesuatu yang mudah dan inkues ini agak cepat dalam sejarah Malaysia."Perlu diingatkan inkues ini berjalan serentak dengan perbicaraan di Mahkamah Kanak-Kanak dan terdapat banyak perkara yang perlu kami huraikan dalam penghujahan bertulis nanti."Kami berharap keputusan yang dibuat nanti adalah adil kepada semua pihak," katanya.Dalam pada itu, Shahlan turut memaklu