BANGI – Seorang koperal polis mengalirkan air mata selepas Mahkamah Majistret di sini pada Selasa melepaskan dan membebaskannya daripada dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi tuntutan elaun perjalanan berjumlah RM3,000.Muhamad Afiq Khalid, 34, telah ditahan kerja sejak Jun dua tahun lalu turut tergamam sejurus keputusan itu dibacakan pada akhir kes pendakwaan.Majistret, Saira Banu Mohamed Ashrof Raja ketika membaca keputusan berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.Menurutnya, kes pendakwaan bergantung sepenuhnya pada keterangan mengikut keadaan bagi mengaitkan tertuduh dengan dokumen berkenaan."Tiada bukti fizikal penyerahan atau kemasukan data, iaitu tiada saksi pendakwaan yang dapat mengesahkan tertuduh sendiri menyerahkan dokumen itu kepada ketua cawangan atau pegawai kewangan."Selain itu, cop akuan terima pada borang berkenaan juga tidak pernah dikemukakan atau dibuktikan sebagai diserahkan oleh tertuduh."Sehubungan itu, pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap pertuduhan dalam kes ini, maka tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri," katanya.Bapa dua anak yang bertugas di Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) sejak 2016 itu berdepan dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu berkaitan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri bagi Januari dan Jun 2020.Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menggunakan dokumen tuntutan elaun perjalanan bagi Jun 2020 berjumlah RM1,780, membabitkan elaun makan, harian dan lojing.Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan perbuatan sama menggunakan dokumen tuntutan bagi Januari 2020 berjumlah RM1,220 di Bahagian Kewangan, Batalion 4 PGA, Semenyih, Hulu Langat.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.Sepanjang kes pendakwaan, seramai 10 saksi dipanggil untuk memberikan keterangan.Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atiqah Mohamad Alias sementara tertuduh diwakili peguam, Khairul Naim Rafidi dan Mariani Tan.
Koperal polis sebak, bebas dua kes guna dokumen palsu tuntutan elaun RM3,000

Key takeaways
Seorang koperal polis dilepaskan dan dibebaskan daripada dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk tuntutan elaun perjalanan kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
- Mahkamah mendapati tiada bukti fizikal atau saksi yang mengesahkan tertuduh menyerahkan dokumen palsu tersebut.
- Tertuduh, Muhamad Afiq Khalid, ditahan kerja sejak Jun dua tahun lalu sebelum dibebaskan pada Selasa.
- Kes ini melibatkan dua pertuduhan berkaitan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri bagi Januari dan Jun 2020.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kes sunting foto lucah pelajar guna AI: Polis terima 5 laporan
- Sinar Harian Koperal polis sebak, bebas dua kes guna dokumen palsu tuntutan elaun RM3,000 (this story)







