KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih siasatan kes kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan polis, dengan satu seksyen di bawah Kanun Keseksaan dikenal pasti sebagai asas siasatan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau baru menerima taklimat daripada polis berhubung kes berkenaan yang dibangkitkan baru-baru ini."Jika ada perkembangan terhadap siasatan itu, saya sendiri yang akan hebahkan."Di pihak KDN (Kementerian Dalam Negeri), saya ulangi, kita tidak pernah kompromi terhadap pelanggaran, jika ada, sekali pun melibatkan pasukan penguat kuasa undang-undang," katanya di Dewan Rakyat, pada Selasa.Noorizwan sebelum ini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berkaitan siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.Pada 30 September lalu, dia dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.52 pagi, 1 Oktober lalu.Sementara itu menjawab soalan dibangkitan Ramkarpal Singh (PH - Bukit Gelogor) mengenai siasatan polis terhadap tiga peguam yang dikaitkan dengan isu berkenaan, Saifuddin Nasution memaklumkan, beliau tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai perkara yang mencetuskan siasatan, termasuk cara mereka berkomunikasi dengan pegawai serta keadaan yang membawa kepada siasatan berkenaan.Menurutnya, siasatan terbabit tidak semestinya bermaksud pihak berkuasa menyasarkan mereka kerana terlibat mendedahkan dakwaan salah laku polis terhadap tahanan."Biarkan proses itu berlaku dan saya tidak boleh memberi jaminan bahawa, oleh kerana mereka peguam, mereka mesti dihentikan."Tidak ada menteri yang boleh buat arahan itu, biarlah proses itu berlaku."Saya tidak ada maklumat lebih daripada itu selain yang dilaporkan dalam media," ujarnya.
Kes kematian Noorizwan: JSJ ambil alih siasatan

Key takeaways
JSJ PDRM mengambil alih siasatan kematian Noorizwan Zulkefly yang berlaku ketika dalam tahanan polis, dengan satu seksyen Kanun Keseksaan dikenal pasti sebagai asas siasatan.
- Noorizwan ditahan di IPD Cheras atas tuduhan dadah dan jenayah sebelum disahkan meninggal dunia di HCTM pada 1 Oktober.
- Menteri Dalam Negeri menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang oleh penguat kuasa.
- Saifuddin Nasution memaklumkan tiada maklumat terperinci mengenai siasatan polis terhadap tiga peguam yang dikaitkan dengan isu tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Anwar hubungi KPN mahu siasatan kematian Noorizwan telus, menyeluruh
- Utusan Malaysia Anwar mahu siasatan kematian Noorizwan telus tanpa kompromi
- Free Malaysia Today KPN arah JSJ siasat kes kematian Noorizwan
- Sinar Harian Kes kematian Noorizwan: JSJ ambil alih siasatan (this story)








