MANCHESTER: Bekas kapten Manchester United, Gary Neville mendedahkan The Red Devils sepatutnya memburu tiga pengurus berkaliber antarabangsa dan bukannya melantik Michael Carrick sebagai pengendali tetap pasukan.
Kedudukan Carrick, 45, kini dilaporkan bagai 'telur di hujung tanduk' susulan kekalahan memalukan 0-3 di tangan Bournemouth di tempat sendiri, Old Trafford, Ahad lalu.
Pasukan itu kini mengharungi permulaan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) yang disifatkan bencana apabila sekadar mencatatkan satu kemenangan daripada lapan perlawanan setakat ini.
Isu di luar padang turut memburukkan situasi Carrick apabila tonggak pertahanan, Lisandro Martinez secara terbuka mengecam pihak pengurusan kelab, manakala kapten pasukan, Bruno Fernandes kritikal terhadap taktikal yang diterapkannya.









