JOHOR BAHRU: Lima warga asing masing-masing didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah atas pertuduhan pakatan jahat membabitkan skim pelaburan dalam talian tidak wujud.
Tertuduh, Sun Chang, 32; Chih Hsien-Lung, 41; Fang Peihang, 36; Lyu Yahui, 36; dan Fang Peipei, 33, dijatuhi hukuman itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nor Zihan Abdul Rahman.
Nor Zihan turut memerintahkan masing-masing dipenjara enam bulan, jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh membabitkan empat warga China dan seorang warga Taiwan,








