KUALA LUMPUR: Bilangan syarikat yang memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di negara ini belum memuaskan dengan hanya membabitkan sebilangan kecil daripada lebih 400,000 syarikat berdaftar.

​Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, meskipun pencapaian permohonan sijil halal ketika ini menunjukkan peningkatan mendadak, jumlah keseluruhan pemegang sijil aktif belum mencapai tahap optimum disasarkan.

Justeru, katanya pemain industri tempatan digesa tidak berada dalam zon selesa dan perlu berani mentransformasi perniagaan masing-masing.

"Kita perlu melihat industri halal berkembang daripada sekadar persijilan kepada pengkomersialan, daripada kesediaan memasuki pasaran kepada keupayaan mengeksport, serta daripada pemain tempatan kepada peneraju industri halal di peringkat antarabangsa," katanya.