Kuala Lumpur: Hanya sebilangan kecil daripada lebih 400,000 syarikat berdaftar di negara ini yang memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

​Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, jumlah itu mencatatkan jurang penyertaan yang masih belum memuaskan.

Katanya, permohonan sijil halal menunjukkan peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini, namun jumlah keseluruhan pemegang sijil aktif masih belum mencapai tahap optimum yang disasarkan.

Justeru, katanya pemain industri tempatan digesa supaya tidak berada dalam zon selesa dan perlu berani mentransformasikan perniagaan masing-masing.