BANGI: Jumlah syarikat yang memiliki sijil halal di Malaysia masih belum mencapai tahap memuaskan meskipun negara mempunyai reputasi kukuh dalam pensijilan halal di peringkat antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, walaupun jumlah pemegang sijil halal menunjukkan peningkatan mendadak namun pencapaian itu masih belum memenuhi tahap yang dihasratkan.

Menurutnya, Malaysia perlu memperkukuh pembangunan industri halal dengan memberi tumpuan bukan sahaja kepada pensijilan, malah pengkomersialan produk dan keupayaan menembusi pasaran eksport. “Cuba kita lihat potensi yang ada. Di Malaysia ada lebih 400,000 syarikat, tetapi pemegang sijil halal masih belum memuaskan.