GEORGE TOWN: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang memperincikan mekanisme pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam berpendapatan rendah seperti diumumkan menerusi Belanjawan 2027.
Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, perincian pelaksanaan inisiatif itu sedang dibincangkan bersama Kementerian Kewangan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM2,500, pembayaran ansuran akan ditangguhkan, manakala kalau (pendapatan) RM2,500 hingga RM3,000, (bayar) RM50 sahaja. Pendapatan atas RM3,000 kena bayar seperti biasa.
“Secara terperinci, kita masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan akan mengumumkan kaedahnya secara lebih komprehensif dalam masa terdekat,” katanya pada Program Junior Superhero Simpan SSPN 2026 di Hospital Pulau Pinang di sini, hari ini.









