Kuala Lumpur: Graduan berpendapatan RM2,501 hingga RM3,000 sebulan hanya perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada kadar minimum RM50 sebulan menerusi kelonggaran yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2027.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, inisiatif kelonggaran bayaran balik pinjaman itu dijangka memanfaatkan lebih 400,000 orang bagi membantu mengurangkan beban kewangan graduan yang baru memasuki alam pekerjaan.
Beliau berkata, graduan berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan pula tidak perlu memulakan bayaran balik sehingga mencapai ambang pendapatan yang ditetapkan.
"Keresahan ini boleh ditangani dengan cara ini, yang paling berkesan buat masa sekarang.









