KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan China 5-4 dalam aksi pertama saingan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di Stadium Hoki Olimpian Surjit Singh, hari ini.
Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 menerusi gol padang Azrai Aizad Abu Kamal untuk mendahului 1-0.
Namun, China bangkit dengan dua gol pantas menerusi Wang Yaqi pada minit ke-11 dan Ne Moda seminit kemudian untuk mendahului 2-1.
Skuad negara bagaimanapun kekal tenang apabila Azrai menjaringkan gol keduanya pada minit ke-14 untuk menyamakan kedudukan 2-2 sebelum Akhimullah Anuar Esook meletakkan Malaysia kembali di depan seminit kemudian.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F05%2F6dc99e953a008489ed624b32254618ae.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
