KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan semalam.

Pada 5 petang ini, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.49 mata atau 0.47 peratus kepada 1,611.85 daripada penutupan dagangan semalam di paras 1,604.36.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 2.98 mata kepada 1,607.34 dan diniagakan dalam pergerakan 1,606.14 hingga 1,611.94 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Pasaran meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 683 berbanding 380, sebanyak 571 kaunter tidak berubah, 1,259 kaunter tidak diniagakan manakala dagangan 52 kaunter digantung.