KUALA LUMPUR: Infomina Bhd (Infomina) memperoleh kontrak bernilai RM32.1 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal bagi Sistem Aplikasi Utama Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN).
Infomina berkata, melalui kontrak itu, pihaknya akan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal bagi sistem aplikasi utama JPN berasaskan kontrak prestasi.
Katanya, skop perkhidmatan merangkumi penyelenggaraan sistem, sokongan teknikal, pengurusan data dan fail, selain latihan pengguna, kursus teknikal serta bengkel semakan.
"Infomina pada 27 Oktober 2026 menerima Surat Setuju Terima (SST) daripada KDN bagi kontrak bernilai RM32,111,556.12 tidak termasuk cukai perkhidmatan.









