KUALA LUMPUR: Empat negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) atau SG4 perlu memberi keutamaan terhadap cabaran infrastruktur asas sedia ada, jika berhasrat mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM723.75 bilion, menjelang 2050.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata infrastruktur asas seperti bekalan air bersih membantu melonjak usaha membangunkan ekonomi tempatan serta menarik pelabur ke negeri SG4 iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
Justeru, katanya, wajar permasalahan dalam bentuk infrastruktur asas diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan, ketika perbelanjaan pembangunan (DE) dan projek pembangunan dibiayai Persekutuan giat dilaksanakan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi SG4.









