Sistem Tekun Online dilancarkan 7 Ogos lalu membolehkan permohonan pembiayaan dibuat sepenuhnya secara dalam talian, dengan kelulusan seawal tujuh hari bekerja.PETALING JAYA: Bermula dengan modal hanya RM500, bekas kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Norisham Kadmin, membina perniagaannya sebelum berdepan pelbagai musibah termasuk kebakaran, banjir besar dan pandemik Covid-19 yang hampir melumpuhkan operasinya.

Norisham Kadmin.Selepas lebih sedekad berkhidmat dalam ATM, Norisham, 51, memilih bidang keusahawanan dan mula menceburi industri batik sekitar 2010.

Ketika perniagaannya berdepan kesukaran, pembiayaan kira-kira RM100,000 daripada Tekun Nasional pada 2023 membantunya meneruskan perniagaan yang dibina sejak lebih sedekad lalu.