Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Apresiasi Penaja Sisipan Khas di Dalam Akhbar Tempatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Tuanku Raja Perlis di Kuala Lumpur. (Gambar Istana Arau)PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa Perlis berpotensi besar untuk berkembang sebagai destinasi pelaburan dalam sektor perdagangan, pelancongan, pertanian, pendidikan, logistik dan pelaburan berikutan kedudukannya yang strategik serta hubungan rentas sempadan dengan Thailand.

Justeru, baginda berharap sektor korporat dapat melihat negeri itu sebagai destinasi berpotensi untuk pelaburan dan pembangunan.