KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti kajian tular di media sosial berhubung pembabitan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) dalam kegiatan 'sugar baby'.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pihaknya belum mempunyai maklumat terperinci mengenai jumlah mahasiswa terbabit kegiatan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu, termasuk jumlah mahasiswa yang didakwa terbabit.

"Kajian memang dibuat untuk kes seperti itu dan sering kali kita dengar mengenainya dalam media dan sebagainya.