Pegawai SPRM berkata, wujud ‘persepakatan’ antara Lim Guan Eng dengan ahli perniagaan Zarul Ahmad Zulkifli dan taikun Ewe Swee Kheng.KUALA LUMPUR: Pegawai yang ditugaskan menyiasat projek terowong dasar laut Pulau Pinang memberitahu Mahkamah Sesyen, 'pelik' bagi seorang taikun hartanah membayar jutaan ringgit kepada seorang rakan perniagaan untuk tanah premium milik kerajaan negeri sebelum memperoleh sebarang pengesahan rasmi.
Zulhilmi Halim daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan Ewe Swee Kheng sebagai 'berani' kerana membayar kira-kira RM27 juta kepada ahli perniagaan Zarul Ahmad Zulkifli sebelum syarikat milik Ewe (Ewein Zenith Sdn Bhd) memperoleh hak milik ke atas Lot 702.







