Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri berkata beliau akan meneliti cadangan itu bagi memberi lebih fleksibiliti kepada suami isteri menguruskan keperluan selepas kelahiran. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri sedia meneliti cadangan supaya cuti bersalin boleh dikongsi antara suami dan isteri bagi memberi lebih fleksibiliti kepada pasangan menjaga ibu dan bayi selepas kelahiran.

Beliau menyifatkan cadangan berkenaan sebagai baik kerana membolehkan pasangan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

“Kita akan lihat kepada cadangan tersebut. Saya harap yang di belakang (pegawai kementerian) itu ambil nota mengenai perkara ini. Ia satu cadangan yang sangat baik.