KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan sedang meneliti cadangan untuk membantu syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata bagaimanapun tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini.

"Keutamaan kerajaan adalah memastikan syarikat penerbangan negara dan ketersambungan diteruskan.

"Kalau mana-mana syarikat penerbangan besar muflis, ia akan menyebabkan ketersambungan kita terbantut.