Kuala Lumpur: Pemain golf negara, Mirabel Ting menjadi antara taruhan terbaik apabila turun beraksi pada Kejohanan Golf Maybank 2026 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Khamis ini.

Lebih manis, pemain negara itu mahu menjadikan pencapaian sebagai pemain Malaysia terbaik pada edisi tahun lalu apabila berkongsi kedudukan di tempat ke-49, sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki prestasi, namun kali ini dengan pendekatan lebih santai tanpa dibebani tekanan berlebihan.

Mirabel berkata, pengalaman mengharungi separuh musim dalam saingan profesional membuka matanya bahawa perkara paling penting adalah menikmati permainan dan memberikan yang terbaik, bukannya terlalu memikirkan harapan orang lain.