Kuala Lumpur : Pelakon baharu dikenali, Akmal Asyraf, 30, mendedahkan pernah bekerja sambilan sebagai pemandu Lalamove selama beberapa bulan untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
Ujarnya, dia yang mula menceburi karier lakonan secara serius pada 2020 lalu, dan baharu enam tahun dalam industri sentiasa terbuka melakukan apa sahaja kerja bagi memperoleh rezeki halal buat keluarga.
"Saya pernah jadi pemandu Lalamove pada April lalu selama beberapa bulan kerana ada kelapangan masa, dan bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Bagi saya, tidak kisah buat macam-macam kerja, asalkan rezeki itu halal.
"Tak perlu pun nak ada perasaan malu kalau kita bekerja sebagai pemandu Lalamove, atau penghantar barang kerana kita bekerja untuk dapat rezeki. Alhamdulillah, saya okay sahaja dan seronok.










