Kuala Lumpur : Menyedari dirinya masih belum sempurna, penyanyi, Fieya Julia merayu untuk orang ramai tidak lagi berkongsi atau memuat naik kandungan video dan foto lamanya ketika belum berhijab.

Fieya atau nama sebenar, Nur Syafiyah Sejali, 27, berkata terdapat beberapa perkara yang di luar kemampuannya sekali gus memohon orang ramai untuk memahami kehendaknya itu.

"Saya bukan insan yang sempurna, malah banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya.

"Mana yang saya mampu, saya buat. Tapi mana di luar kemampuan saya, saya minta sangat jasa baik kawan-kawan janganlah berkongsi atau muat naik lagi kandungan-kandungan lama masa saya freehair (tidak berhijab)," katanya menerusi hantaran di Threads.