Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi perintah pihak pendakwaan dan pembelaan fail hujahan bertulis pada 13 Jan, tetap 26 serta 27 Jan tahun depan untuk pihak-pihak berhujah secara lisan.KUALA LUMPUR: Selepas lebih lima tahun dibicarakan dan 38 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan hari ini menutup kes rasuah bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengetuai pasukan pendakwaan memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, pendakwaan menutup kesnya selepas saksi ke-38, Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulhilmi Ramli yang juga pegawai penyiasat kes itu, selesai memberi keterangan.