KUALA LUMPUR – Selepas lima tahun, perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selesai dengan 38 saksi dipanggil memberi keterangan.Semasa prosiding di hadapan Hakim Azura Alwi, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, saksi ke-38, Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zulhilmi Ramli yang juga pegawai penyiasat kes berkenaan, merupakan saksi terakhir kes berkenaan.Pemimpin DAP itu didakwa pada 7 Ogos 2020, manakala perbicaraan kes bermula pada 13 Julai 2021 dengan saksi pendakwaan yang dipanggil ialah bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan bekas Exco Pulau Pinang, Datuk Lim Hock Seng.Selain itu, bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta ahli perniagaan, Datuk Seri G Gnanaraja, turut memberi keterangan terhadap tertuduh.Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 66, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk suapan RM3.3 juta.Ia bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, yang bernilai RM6,341,383,702.Kesalahan didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri negeri itu.Bagi pertuduhan pindaan kedua, beliau dituduh meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul, sebagai upah bagi projek sama, dan perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.Pemimpin itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri itu, bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek sama, di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.Semasa prosiding, Wan Shaharuddin berkata, pihak pendakwaan menawarkan seorang saksi kepada pihak pembelaan, iaitu Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Ir Rajendran P Anthony, untuk dipanggil sekiranya Guan Eng diperintahkan membela diri.Rajendran merupakan Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang ketika projek terowong dasar laut itu dicadangkan pada 2011.Beliau turut terbabit dalam perbincangan awal dengan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd mengenai penyediaan dokumen permintaan untuk cadangan (RFP) bagi projek terowong berkenaan."Alhamdulillah, pertama kali kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hakim kerana sabar mendengar kes ini selama lima tahun."Jadi, pada hari ini, pendakwaan menutup kes dan menawarkan saksi tersebut kepada pihak pembelaan sekiranya tertuduh dipanggil membela diri," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, Khairunnisa Hazwani Omar, Farah Yasmin Sa
Pendakwaan tutup kes rasuah Guan Eng selepas 38 saksi beri keterangan

Key takeaways
Pendakwaan menutup kes rasuah Lim Guan Eng di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas 38 saksi memberikan keterangan. Perbicaraan yang bermula pada 2021 ini melibatkan dakwaan suapan berkaitan projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.
- Guan Eng didakwa menerima suapan RM3.3 juta untuk melantik syarikat Zarul Ahmad bagi projek terowong.
- Dakwaan kedua melibatkan permintaan 10 peratus keuntungan projek sebagai upah pada Mac 2011.
- Zulhilmi Ramli daripada SPRM merupakan saksi ke-38 dan terakhir bagi pihak pendakwaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Saksi kata tak pertikai akidah sendiri selepas tonton ‘Mentega Terbang’
- Sinar Harian Pendakwaan tutup kes rasuah Guan Eng selepas 38 saksi beri keterangan (this story)








