'Mentega Terbang' ditayangkan pada 28 Nov 2021 sebelum KDN mengharamkannya pada 1 Sept 2023.KUALA LUMPUR: Seorang saksi pihak pendakwaan, yang membuat laporan polis terhadap filem kontroversi 'Mentega Terbang' pada 2023, memberi keterangan di mahkamah majistret bahawa filem itu tidak menyebabkan beliau mempertikaikan akidahnya sebagai seorang Islam.
Yamna Ismail berkata beliau sudah pun mempelajari tentang penjelmaan semula (reinkarnasi) daripada sumber lain, termasuk bahan bacaan, filem dan anime, sebelum menonton 'Mentega Terbang'.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan silang oleh peguam bela, Zaid Malek.
Zaid: Walaupun filem ini menyebut tentang penjelmaan semula, anda tetap seorang Muslim?







