am@hmetro.com.my
Seremban: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mempersoalkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri yang disifatkannya sebagai tindakan 'menyaman kerajaan sendiri'.
Aminuddin yang menerajui kerajaan Negeri Sembilan selama dua penggal berkata, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.
"Hari ini saya terperanjat apabila 10 bekas EXCO Negeri Sembilan memfailkan saman terhadap kerajaan negeri, kerajaan mereka sendiri. Kerajaan saman kerajaan, menuntut kos daripada kerajaan.
"Ini adalah satu perkara yang tak pernah berlaku. Saya pun rasa ramai tertanya-tanya dan menghubungi saya menyatakan apa yang berlaku hari ini.










