KUALA LUMPUR: Kecerdasan buatan (AI) boleh membantu perniagaan menyesuaikan strategi pemasaran, tetapi kecerdasan manusia tetap diperlukan dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

Pengerusi KNKV Group, Datuk Seri Dr Zurainah Musa, berkata penjenamaan memerlukan pendekatan lebih menyeluruh kerana identiti sesebuah produk tidak boleh dibina melalui penampilan logo semata-mata.

Beliau berkata, produk berkualiti belum tentu menjadi pilihan pelanggan apabila usahawan gagal menonjolkan kelebihan yang membezakan barangan mereka daripada pesaing.

"Logo itu penting, tetapi tidak mencukupi. Kita perlu mempunyai jenama yang apabila dilihat dan dibeli pelanggan, mampu meninggalkan ingatan serta nilai bahawa jenama itu sesuatu yang bagus," katanya.