KUALA NERUS: Kegagalan telur penyu belimbing menunjukkan perkembangan embrio bukan bukti telur berkenaan tidak disenyawakan sebaliknya perlukan pemeriksaan saintifik lanjut mengenal pasti punca sebenar.
Ketua Pusat Konservasi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd. Uzair Rusli berkata, keadaan itu mungkin berpunca daripada kegagalan persenyawaan atau kematian embrio pada peringkat awal.
Katanya, kedua-dua keadaan boleh menunjukkan tanda hampir sama melalui kaedah candling, iaitu teknik menyuluh telur untuk melihat perkembangan di dalamnya.
“Justeru, ketiadaan tanda perkembangan embrio belum mencukupi untuk mengesahkan bahawa telur tersebut tidak disenyawakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.








