KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 peserta dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhimpun bagi menyerahkan memorandum untuk menuntut agar bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad agar melepaskan semua jawatan politik dan bersara sepenuhnya, susulan terlibat dalam tangkapan khalwat baru-baru ini.
Pada masa sama, himpunan NGO itu turut menuntut agar pemimpin Parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berhenti mengelirukan rakyat dengan sering membuat dakwaan dan tuduhan berat tanpa bukti kukuh, yang berpotensi menjadi fitnah dan hipokrasi.
Antara pertubuhan NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Anak Muda Negara (Gen.Z), Bangkit Nasional (BANGKIT), Yayasan Masih Ada Yang Sayang (MAYS) dan Pertubuhan Demi Bangsa Negara (DEMI).









