Kuala Lumpur: Datuk Ong Kim Swee bukan pengarah teknikal baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebaliknya kekal menerajui Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Bekas pengendali Sabah FC itu masih menjalankan tugas dalam jawatan sedia ada dan tiada pelantikan rasmi dibuat FAM untuk membawanya kembali mengisi posisi yang pernah disandangnya sebelum ini.

Sumber dalaman FAM memaklumkan, badan induk itu belum membuat keputusan mengenai individu yang bakal mengisi kekosongan jawatan pengarah teknikal selepas Scott O'Donell meninggalkan posisi berkenaan susulan kontraknya berakhir.

"Pemilihan pengarah teknikal baharu FAM akan dilakukan selepas perbincangan bersama barisan kepimpinan FAM terlebih dahulu sebelum mengenal pasti beberapa individu berkelayakan.