KUALA LUMPUR: Harga tiket Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah berasaskan struktur tambang dinamik yang mengambil kira waktu perjalanan, tempoh pembelian dan pilihan kelas tempat duduk.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata penetapan tambang turut mengambil kira perbandingan dengan mod pengangkutan lain, diskaun konsesi dan promosi berkala.

Beliau berkata, ia bertujuan memastikan keseimbangan antara kemampuan pengguna dan kemampanan operasi ECRL.

"Sebarang pakej tambang atau pas perjalanan sedang dalam pertimbangan dan akan diperkenalkan dari semasa ke semasa," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat hari ini.