KUALA LUMPUR - Alam Flora Sdn Bhd menyasarkan penyertaan program kesedaran integriti dapat diperluas kepada lebih ramai warga kerjanya termasuk yang bertugas di kawasan operasi dan perkhidmatan di Pahang, Kuala Lumpur serta Putrajaya.Pengurus Strategi dan Kelestarian Alam Flora, Nur Syazwani Zulkefly berkata, peluasan itu akan membuka peluang kepada warga kerja di peringkat operasi termasuk pekerja am untuk turut mendapat manfaat daripada program tersebut.Katanya, usaha memperluas capaian program penting bagi memastikan mesej berkaitan integriti dan kelestarian bukan sahaja diterima oleh warga kerja di ibu pejabat, malah turut difahami dan diamalkan oleh mereka yang berada di barisan hadapan perkhidmatan."Semoga program seperti ini dapat menjadi platform berterusan untuk membudayakan integriti, memperkukuh kesedaran warga kerja dan menyemai nilai positif dalam setiap peringkat organisasi."Sambutan hari ini (Jumaat) juga mendorong jawatankuasa penganjur mula membincangkan perancangan bagi pelaksanaan pada tahun hadapan termasuk kemungkinan memperkenalkan pendekatan dan pengisian baharu."Saya sangat gembira apabila melihat jawatankuasa sendiri sudah mula berbincang tentang apa yang boleh dilakukan pada tahun hadapan. Ini menunjukkan mereka juga mempunyai keinginan untuk meneruskan program ini dan tidak mahu usaha yang dimulakan berhenti setakat ini sahaja," katanya.Beliau berkata demikian kepada Rasuah Busters selepas Program Alam Flora Sustainability Discovery di Plaza Sentral di sini pada Jumaat.Program tersebut turut disempurnakan dengan program ceramah integriti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia – Rasuah Busters, Nurhayati Nordin.Tambah Nur Syazwani, program berkenaan mendapat penyertaan hamper 150 kakitangan daripada pelbagai bahagian dan peringkat pengurusan Alam.Antara yang hadir Ketua Pegawai Kewangan, Sofia Zakaria, Pengurus Besar Sumber Manusia, Raja Kamal Azizol Raja Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi, Mohamad Muhazni Mukhtar dan wakil daripada bahagian perancangan operasi, perolehan, pengurusan armada, sumber manusia, keselamatan, pengurusan risiko dan integriti.Katanya, penglibatan pelbagai jabatan itu penting bagi memastikan nilai integriti difahami secara menyeluruh dan diterapkan dalam pelaksanaan tugas harian, tanpa mengira fungsi atau tanggungjawab seseorang dalam organisasi.Sementara itu, Nurhayati berkongsi ketika sesi ceramah integriti, tekanan hidup, ketamakan dan penyalahgunaan peluang antara faktor yang boleh mendorong seseorang terjerumus dalam amalan rasuah meskipun pada awalnya mereka memasuki alam pekerjaan dengan niat untuk membina kehidupan yang baik."Golongan belia antara kelompok yang perlu diberikan perhatian dalam usaha membendung gejala itu, khususnya apabila mereka mula berdepan tanggungjawab kewangan dan tuntutan kehidupan berkeluarga."Seseorang mungkin memulakan kerjaya dengan niat yang baik, namun tekanan untuk menyara ibu bapa, membesarkan anak-anak dan menampung kos pendidik