Kuala Lumpur: Polis mengesyaki dua kes penyeludupan kokain dari Pulau Pinang ke Hong Kong pada 22 dan 25 Oktober lalu didalangi sindiket dadah yang sama.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua kes membabitkan lelaki warga China yang dipercayai direkrut sindiket berpangkalan di negara itu.
Katanya, kedua-dua suspek menggunakan laluan perjalanan hampir sama, selain memiliki pasport baharu tanpa rekod perjalanan antarabangsa sebelum ini.
"Kita percaya kedua-dua kes ini mempunyai kaitan sindiket yang sama kerana modus operandi mereka hampir serupa.









